RSS

Apakah syarat poligami mengikut Islam?

Assalamualaikum W.B.T.,


Umum mengetahui, poligami adalahharus hukumnya. Malah, Islam menggalakkan poligami buat para suami yang berkelayakan.


Adakah anda antara suami yang layak untuk berpoligami? Ketahuilah,anda layak sekiranya melepasi syarat-syarat berpoligami seperti di bawah:


1. Mampu memberi nafkah

- Syarat ini adalah yang wajib ke atas setiap lelaki yang berkahwin iaitu memberi nafkah kepada isteri.

- Sekiranya kepada isteri pertama pun seseorang tidak mampu beri nafkah yang cukup, maka beliau dilarang
daripada berpoligami.


2. Mampu sediakan tempat tinggal

- Selepas nafkah, perkara yang perlu dititikberatkan adalah tempat tinggal untuk isteri.

- Apabila berpoligami, si suami wajib menyediakan tempat tinggal buat isteri- isteri setiap seorang. Jika tak mampu, lupakan niat untuk poligami.


3. Mampu menyediakan kemudahan asas

- Kemudahan asas yang dirujuk dalam syarat ini termasuklah pendidikan untuk isteri dan anak-anak dan sebagainya.


4. Sihat tubuh badan dan tidak sakit

- Jika sakit, bagaimana untuk poligami? Oleh itu, suami yang ingin meneruskan niat poligami perlu memiliki tubuh  badan yang sihat dan tidak mempunyai penyakit kronik agar mampu mencari  nafkah buat isteri dan anak-anak.


5. Mempunyai kemampuan

- Mampu di sini bermaksud suami itu mampu membuat hubungan kelamin bersama isteri.


6. Adil dan saksama

- Seorang suami yang berpoligami wajib bertindak adil. Adil dalam memberi  nafkah, tempat tinggal, dan giliran kepada isteri-isteri. Suami juga harus adil kepada anak-anak yang ditanggung.



Bagaimana?


Adakah anda mampu melepasi syarat-syarat yang telah digariskan?


Sekiranya mampu, bermakna anda layak untuk berpoligami. Jadi, apakah langkah seterusnya? Nak tahu?

Anda boleh ketahui segala-galanya tentang poligami dan langkah-langkah yang perlu diambil dengan kunjungi laman web di bawah :


==> www.rahsiapoligami.com/index.php


Semoga panduan yang terdapat di laman tersebut membantu anda dalam hal poligami.


Sekian, wassalam.


Mohd Hanafi Wawi

==> www.rahsiapoligami.com/index.php

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Prosedur poligami di Malaysia..

Assalamualaikum W.B.T.,

Syukur Alhamdulillah. Nampaknya anda  mempunyai keinginan untuk berpoligami tetapi kurang pasti dengan prosedur di Malaysia.


Sebelum itu, saya ingin ingatkan. Berpoligami itu adalah harus mengikut ajaran Islam.


Oleh itu, pastikan anda memahami  dan mengikut syarat-syarat poligami yang telah digariskan oleh agama terlebih dahulu sebelum meneruskan niat baik anda itu.


Baiklah. Prosedur untuk berpoligami di Malaysia adalah seperti berikut:


1. Pemohon perlu memfailkan aduan di Pejabat Agama Islam Daerah (Isi borang aduan).


2. Menjalani sesi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan mendapatkan panduan.


3. Dapatkan borang 2 B permohonan berpoligami di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.


4. Pemohon membuat akuan sumpah di hadapan Ketua Pendaftar / Pendaftar / Timbalan Pendaftar / Penolong Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa 2 orang saksi lelaki.


5. Mendaftarkan kes permohonan poligami di Mahkamah Syariah dengan melampirkan dokumen yang berkaitan.


6. Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah (ditetapkan mengikut giliran permohonan).


7. Keputusan / perbicaraan - dapatkan surat kebenaran nikah.


8. Jika mendapat kelulusan, rujuk semula ke Pejabat Agama Islam Daerah. Serahkan surat kebenaran nikah kepada perempuan untuk dilampirkan dengan permohonan beliau semasa berurusan dengan Penolong Pendaftar Nikah di kariah masjid yang berkenaan.



Kemudian, selepas semuanya selesai anda boleh teruskan dengan urusan pernikahan dan perkahwinan yang seterusnya.


Walaubagaimanapun, prosedur yang dinyatakan di atas adalah ringkasan kepada prosedur poligami yang sebenar.


Mungkin {!firstname} kurang jelas dan ingin tahu dengan lebih lanjut prosedur tersebut.


Oleh yang demikian, {!firstname} boleh layari  ke laman web di bawah untuk dapatkan panduan lengkap berkenaan dengan  poligami:


==> http://www.rahsiapoligami.com <===


Di sana nanti, anda boleh mendapat penjelasan yang panjang lebar  berkenaan poligami.


Semoga info yang saya sampaikan di sini membantu sedikit sebanyak kepada anda yang berniat untuk
berpoligami.


Sekian, wassalam.


Mohd Hanafi Wawi

==> http://www.rahsiapoligami.com <====

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KESAN BURUK apabila poligami disembunyikan..

Kali ini, saya ingin menyentuh tentang kesan-kesan negatif yang boleh timbul sekiranya anda menyembunyikan poligami.

Kesan-kesan yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

1. Perkahwinan itu tidak boleh didaftarkan. Maka, tiada sijil nikah bagi perkahwinan tersebut.

2. Perkahwinan itu tidak sah di sisi undang-undang. Bermaksud, isteri kedua tidak mempunyai hak sebagai seorang isteri dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan di mahkamah syariah.

3. Zuriat yang lahir sukar untuk didaftarkan kelahirannya dan lain- lain proses yang melibatkan urusan anak.

4. Berdosa kerana berbohong dengan  menyembunyikan poligami. Suami yang adil tidak akan berbohong kepada isteri pertama.

5. Tahap iman suami mampu jatuh dan turun kerana sikapnya yang suka berselindung daripada perkara sebenar.

6. Boleh menimbulkan fitnah jika suami dan isteri kedua dijumpai berdua-duaan walaupun pada hakikatnya mereka telah berkahwin.

7. Perkahwinan itu boleh berstatus tidak sah kerana tanpa izin wali disebabkan perkara itu disembunyikan.

Sekarang, andadah tahu kesan negatif sekiranya sembunyikan poligami?

Jadi, mengapa nak sembunyikan sedangkan terdapat cara mudah dan berkesan untuk maklumkan kepada isteri pertama dan membuatkan beliau bersetuju dengan niat anda yang ingin berpoligami.

Anda nak tahu bagaimana? Layari ke laman di bawah untuk tahu dengan lebih lanjut bagaimana anda mampu berpoligami tanpa merahsiakan perkara itu dan berperang dengan isteri pertama :

===> www.rahsiapoligami.com <====

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ada Apa Dengan Rahsia Mudah Poligami?

Apabila berbicara tentang poligami, kebanyakan wanita cepat melenting disebabkan perkara itu sangat sensitif untuk dibincangkan. Kenapa? Kerana mereka tidak rela berkongsi kasih.

Sedangkan, sekiranya mereka izinkan dan merelakan poligami, wanita tersebut dapat merasai istilah pengorbanan dalam Islam dan martabat mereka diangkat setinggi-tingginya bukan dijatuhkan.

Maka dengan itu, lahirlah sebuah panduan berkenaan poligami yang diberi nama ‘Rahsia Mudah Poligami’ oleh Shekh Mohd Haqimie. Ketahuilah, panduan ini bukan untuk merosakkan sesebuah rumahtangga, Masya-Allah.

Bukan itu tujuan panduan tersebut dihasilkan. Malah, penulis panduan itu sama sekali melarang para lelaki yang ingin berpoligami tetapi tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

Tujuan utama ‘Rahsia Mudah Poligami’ dihasilkan adalah semata-semata sebagai pemudahcara dan pemahaman kepada para lelaki yang mempunyai niat untuk berpoligami tetapi merasakan impian itu sukar dicapai.

Panduan ini membicarakan berkenaan kaedah berpoligami di Malaysia tanpa sebarang risiko. Kaedah yang ditunjukkan termasuklah bagaimana seorang suami yang berpoligami tetapi bernikah di luar negara dapat mendaftar di Malaysia dengan selamat tanpa didenda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Islam Membenarkan Poligami?

Keharusan poligami dalam ISLAM adalah BERASAS iaitu:

-    Suami mempunyai keinginan daya nafsu syahwat yang luar biasa daripada orang lain sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.

-    Keadaan isteri yang sentiasa sakit dan uzur.

-    Membela  kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suaminya gugur dalam peperangan jihad menegakkan Agama Allah.

-    Isteri tidak dapat melahirkan anak atas sebab kesihatan.

Keharusan Islam untuk berpoligami adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti yang dinyatakan diatas. Islam sangat mementingkan keutuhan dalam institusi kekeluargaan dan ianya bukan untuk mencetuskan perbalahan dan kemarahan.

Allah pencipta kita yang Maha Agung amat memahami fitrah kejadian setiap makhluk ciptaannya. Dengan berpandukan kitab suci dan As-Sunnah, maka kehidupan akan menjadi lengkap dan sempurna.

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” Ayat 2-3: Al-baqarah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kebaikan dan Kesan Poligami Mengikut Pandangan Islam

Terdapat banyak isu yang boleh disenaraikan apabila seseorang itu berpoligami. Walaubagaimanapun, poligami pada hari ini telah ditutupi kebaikannya dengan dakyah atau tomahan daripada fahaman songsang yang berpaksikan kepada pendidikan barat yang mengharamkan poligami dalam kehidupan.

Kelebihan berpoligami adalah sangat berasas dan memenuhi fitrah kejadian manusia. Cuba bayangkan jika Islam tidak membenarkan poligami, kemungkinan putaran sosial dalam kehidupan manusia boleh menjadi tunggang-langgang.

Antara kebaikan berpoligami yang dituntut dalam Islam bagi mereka yang mampu adalah:

- Menyelamatkan suami daripada melakukan penzinaan disebabkan wujudnya halangan berbentuk syariat bagi wanita iaitu haid dan nifas.

- Mendapatkan keturunan kerana isteri disahkan tidak dapat melahirkan anak atau isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haid.

- Memelihara lelaki yang mempunyai kemahuan dan nafsu seks yang tinggi daripada melakukan zina.

- Poligami menghindar daripada berlaku perceraian kerana isteri mandul, sakit atau terlalu tua.

- Menghindari daripada perempuan bergelar anak dara tua di mana zaman sekarang lebih ramai perempuan daripada lelaki dan mereka dapat merasai kehidupan berumahtangga.

- Keperluan lelaki yang berhijrah jauh mencari rezeki, yang sentiasa kesunyian tiada teman bagi mengelakkan berlakunya hubungan haram.

- Andainya poligami tidak dibolehkan, wanita hanya akan menjadi alat pemuas nafsu bagi mereka yang mempunyai harta dan kesenangan tetapi tidak mempunyai tanggujawab sepatutnya terhadap wanita tersebut.

- Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah keturunan yang merosakkan kesejahteraan umat manusia. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza daripada anak yang sah, dan mengelakkan anak dan keluarga terasa malu dengan keturunannya.

- Menambah hubungan antara keluarga melalui ikatan yang dijalinkan.

- Kehormatan wanita akan terjaga apabila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri.

- Memberi kesempatan yang lebih besar kepada para isteri beramal apabila tibanya giliran isteri yang kedua.

- Menambah bilangan keturunan.

- Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan isteri digilirkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...