RSS

Prosedur poligami di Malaysia..

Assalamualaikum W.B.T.,

Syukur Alhamdulillah. Nampaknya anda  mempunyai keinginan untuk berpoligami tetapi kurang pasti dengan prosedur di Malaysia.


Sebelum itu, saya ingin ingatkan. Berpoligami itu adalah harus mengikut ajaran Islam.


Oleh itu, pastikan anda memahami  dan mengikut syarat-syarat poligami yang telah digariskan oleh agama terlebih dahulu sebelum meneruskan niat baik anda itu.


Baiklah. Prosedur untuk berpoligami di Malaysia adalah seperti berikut:


1. Pemohon perlu memfailkan aduan di Pejabat Agama Islam Daerah (Isi borang aduan).


2. Menjalani sesi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan mendapatkan panduan.


3. Dapatkan borang 2 B permohonan berpoligami di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.


4. Pemohon membuat akuan sumpah di hadapan Ketua Pendaftar / Pendaftar / Timbalan Pendaftar / Penolong Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa 2 orang saksi lelaki.


5. Mendaftarkan kes permohonan poligami di Mahkamah Syariah dengan melampirkan dokumen yang berkaitan.


6. Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah (ditetapkan mengikut giliran permohonan).


7. Keputusan / perbicaraan - dapatkan surat kebenaran nikah.


8. Jika mendapat kelulusan, rujuk semula ke Pejabat Agama Islam Daerah. Serahkan surat kebenaran nikah kepada perempuan untuk dilampirkan dengan permohonan beliau semasa berurusan dengan Penolong Pendaftar Nikah di kariah masjid yang berkenaan.



Kemudian, selepas semuanya selesai anda boleh teruskan dengan urusan pernikahan dan perkahwinan yang seterusnya.


Walaubagaimanapun, prosedur yang dinyatakan di atas adalah ringkasan kepada prosedur poligami yang sebenar.


Mungkin {!firstname} kurang jelas dan ingin tahu dengan lebih lanjut prosedur tersebut.


Oleh yang demikian, {!firstname} boleh layari  ke laman web di bawah untuk dapatkan panduan lengkap berkenaan dengan  poligami:


==> http://www.rahsiapoligami.com <===


Di sana nanti, anda boleh mendapat penjelasan yang panjang lebar  berkenaan poligami.


Semoga info yang saya sampaikan di sini membantu sedikit sebanyak kepada anda yang berniat untuk
berpoligami.


Sekian, wassalam.


Mohd Hanafi Wawi

==> http://www.rahsiapoligami.com <====

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...